UNIT DEBAT, ADVOKASI DAN ORATORI: SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI 2017 DAN PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN 2017 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Presiden Kelab Pengucapan Awam (UCAP) Universiti Utara Malaysia, Wan Muhammad Hanif bin Wan Abd Hamid yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian telah menyandang Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-31 Peringkat Negeri Perlis 2017. Pertandingan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dengan kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P) dan telah diadakan pada 16 September 2017 di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis.  Johan telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300, sijil penyertaan dan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Continue Reading

Print Email

ERATKAN UKHUWAH MELALUI GOTONG-ROYONG MASAK BUBUR ASYURA

Pusat Penginapan Pelajar - Kira-kira 60 orang staf dan pengusaha Kafeteria Universiti Utara Malaysia (UUM) bekerjasama menjayakan majlis memasak bubur Asyura di Dewan Serbaguna SAC.

Continue Reading

Print Email

THE MISC MAJOR (DOTA 2) 2017

INASIS MISC ONLINE: Pada 21 sehingga 22 September 2017, Exco Keselamatan dan Kesihatan Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjur kan program The MISC Major 2017. Program ini diadakan di bilik mesyuarat dan lounge pelajar INASIS MISC yang disertai oleh 50 orang pelajar.

Continue Reading

Print Email

BENGKEL PENYEDIAAN BLUEPRINT JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Seramai 61 orang pegawai  di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghadiri Bengkel Penyediaan Blueprint  Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) di EDC Hotels & Resort pada 11 dan 12 Oktober 2017. Bengkel ini turut disertai Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Kolej Sastera dan Sains, UUM. Bengkel ini dibantu oleh Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) UUM.

Continue Reading

Print Email

MISC IRON CHEF

INASIS MISC ONLINE: 22 September 2017, Exco Hal Ehwal Siswi Inapan Siswa (INASIS) MISC menganjurkan program MISC Iron Chef yang diadakan di dewan terbuka Inasis MISC sempena program MISC Entrepreneurship Carnival (MEC) 2017.

Continue Reading

Print Email